Saham Ta Win Cetus ‘Havoc’

231

Saham Ta Win Holdings Bhd menarik minat para pelabur pagi ini susulan laporan syarikat itu telah memeterai perjanjian bagi pembelian 32.5% kepentingan dalam Royce Pharma Manufacturing Sdn Bhd sebanyak RM20.85 juta semalam.

Pada pukul 9.21 pagi, Ta Win mencatatkan jumlah dagangan sahamnya sebanyak 61.79 juta, hampir empat kali ganda purata jumlah dagangannya selama 200 hari iaitu 15.61 juta sebelum ini.

Sementara itu, saham firma berkenaan melonjak sebanyak 4.44% atau satu sen lebih tinggi kepada 23.5 sen, menjadikan nilai permodalan pasaran syarikat itu sebanyak RM104.83 juta.

Lapor Bernama, Royce Pharma terbabit dalam usaha pengeluaran dan pembekalan produk-produk farmaseutikal iaitu ubat-ubatan dan makanan tambahan yang didaftarkan di bawah Agensi Pengawalseliaan Farmaseutikal Kebangsaan serta produk bukan farmaseutikal seperti bahan pakai buang, peralatan dan peranti perubatan di bawah Senarai Pembelian Produk Diluluskan kerajaan.

Syarikat itu juga mendapat kontrak pembekalan produk tersebut kepada hospital-hospital kerajaan, klinik, institusi kesihatan dan kemudahan penjagaan kesihatan lain menerusi Skim Anak Angkat (SAA), Skim Panel Pembuat Bumiputra (SPPB) dan Perjanjian Konsesi Penswastaan Stor dan Makmal Perubatan.

Selain itu, ia juga memiliki platform farmaseutikal berteknologi tinggi dengan keupayaan kukuh dalam pembangunan ubat-ubatan generik serta pengeluarannya.

Sebanyak 65 ubat-ubatan Royce Pharma berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) Kementerian Kesihatan dan mempunyai kontrak untuk mengeluar dan membekal 25 ubat-ubatan kepada kemudahan penjagaan kesihatan kerajaan.

“Kami menjangkakan pelaburan dalam Royce Pharma akan memberi impak positif terhadap prestasi kewangan kumpulan Ta Win di masa depan, berdasarkan jaminan keuntungan sebanyak RM10 juta masing-masing bagi tahun pertama dan kedua yang dapat mengesahkan bahagian kami dalam keuntungan akan datang syarikat farmaseutikal itu,” jelas Pengarah Urusan Kumpulan Ta Win, Datuk Seri Ngu Tieng Ung sepert dipetik oleh Bernama.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat