Saham Tesla Melonjak Lagi, Jadi Saham Ke-10 Terbesar!

392

Pada hari ini, saham Tesla telah mencapai paras yang tertinggi serta memecahkan rekod syarikat tersebut. Hal ini demikian kerana para pelabur berebut-rebut merebut peluang untuk memasuki syarikat yang dikendalikan oleh Elon Musk. Selain itu, terdapat juga desas-desus yang mengatakan bahawa syarikat itu akan menyertai S&P 500.

Menurut sebuah sumber, setelah dibuka pada Isnin lalu, nilai pasaran Tesla telah mencatatkan peningkatan kepada $321 bilion sekaligus menjadikannya sebagai saham ke-10 terbesar di Amerika Syarikat.

Seterusnya, saham syarikat itu juga ditutup pada paras tertinggi pada Jumaat yang lalu, hingga mendorong peningkatan sebanyak 12% pada hari ini. Di samping itu, Tesla telah mencatatkan peningkatan saham sebanyak 269% pada tahun ini! Bukan itu sahaja! Syarikat berkenaan juga mampu mengatasi Toyota sebagai pembuat kenderaan terbesar di dunia berdasarkan nilai pasaran.

Tambahan daripada itu, saham Tesla telah melonjak sebanyak lebih 40% pada bulan ini setelah syarikat tersebut berjaya mengeluarkan sekitar 90,650 melebihi anggaran Street sebanyak 72,000.

Berikutan dengan peningkatan tersebut, para pelabur kini membina kepercayaan bahawa Tesla mampu untuk mengaut keuntungan berganda serta akan dipertimbangkan untuk dimasukkan ke S&P 500.

Selain itu, Tesla turut dijangka bakal merekodkan jumlah pendapatan tahunan $ 100 bilion pada tahun 2025.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat