Saham Top Glove Laku Keras! Apa Hal Ni?

1,444

Saham Top Glove melanjutkan kenaikan pada hari Jumaat walaupun setelah diperlihatkan dengan laporan pendapatan yang menyuramkan.

Syarikat pembuat sarung tangan itu dilihat masih mencatatkan kerugian pada suku kedua tahun fiskal 2023, berpunca daripada kos operasi yang tinggi, harga jualan purata yang rendah dan kelemahan jualan.

Bagaimanapun, jangkaan syarikat terhadap kenaikan purata harga jualan (ASP) yang kembali ke paras pra-pandemik dan penurunan inventori nampaknya disambut baik oleh pasaran.

Ini diperlihatkan pada kenaikan yang dipaparkan oleh saham Top Glove pada hari Khamis dan berterusan sehingga hari Jumaat.

Pada pembukaan dagangan sesi petang, Top Glove melonjak 5.39% kepada 88 sen, dengan nilai pasaran sebanyak RM7.13 bilion.

Dalam pada itu, penganalisis juga meningkatkan penarafan mereka di mana yang terbaru UOB Kay Hian Research menaikkan sasaran daripada ‘hold’ kepada ‘buy’.

Selain itu, CIMB Investment Bank Research juga percaya dengan peningkatan beransur-ansur dalam purata harga jualan dan volum jualan, menyebabkannya meningkatkan penarafan kepada ‘hold’.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat