Saham Top Glove Terperosok Ke Paras Terendah Sejak Mei 2020

469

Harga saham Top Glove tidak berdaya untuk mengekalkan rentak kenaikan agresif pada Jumaat lalu selepas larangan mengeksport ke AS ditarik balik oleh US Customs and Border Protection (CBP).

Pada 12.29 tengah hari, kaunter itu kembali merosot sebanyak 3.79% menjadi RM3.30 dek kerana jumlah perdagangan yang dilihat lemah dan perlahan meskipun dibuka tinggi kepada RM3.47.

Paras tersebut itu juga merupakan paras terendah sejak Mei 2020 dan pakar penganalisis menjangkakan ia bakal menguji paras RM3 jika ia kekal menyusut memandangkan keadaan operasi semasa yang kurang memberangsangkan.

Kenanga Research berkata tarikan larangan tersebut merupakan berita yang baik yang mana AS menyumbang lebih 90% dari penjualan Top Glove ke pasaran Amerika Utara.

Pasaran AS dilihat telah menyumbang 18% sehingga 21% dari penjualan eksport Top Glove.

Dalam pada itu, Kenanga mengeluarkan jangkaan bahawa Top Glove bakal mencapai keuntungan bersih di paras tertinggi sebanyak RM8.58 bilion pada suku tahunan kewangan yang bakal datang kelak.

Pengurusan Top Glove juga menjangkakan penjualan ke AS akan mengambil masa kira-kira sekitar tiga bulan untuk kadar penjualan kembali normal seperti sebelum ini.

Namun KAF Equities berpendapat bahawa ia mungkin tidak pulih seperti biasa dan agak sukar untuk ia mencapainya jika dilihat kepada keadaan pasaran semasa.

Manakala AmInvestment Bank berkata ASP bakal kekal mencatatkan kemerosotan pada separuh kedua tahun 2021 susulan bekalan sarung tangan masuk yang lebih tinggi dalam masa yang terdekat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat