Saham Widetech Dicari-cari

318

Widetech (Malaysia) Bhd muncul sebagai kaunter paling untung pada sesi dagangan aktif di Bursa Malaysia setakat ini, hari ini.

Pada pukul 10.25 pagi, saham berkenaan melonjak sebanyak 49 sen atau 29.52% ke paras tertinggi sepanjang masa iaitu RM2.15, menjadikan permodalan pasarannya bernilai RM96.22 juta.

Kaunter itu turut menyaksikan 4.55 juta sahamnya bertukar tangan.

Syarikat terbabit bagaimanapun masih belum melakukan sebarang pengumuman korporat selain maklumannya semalam berhubung urus niaga sekuriti ketika ‘closed period’.

Berdasarkan maklumannya kepada bursa, pengarah syarikat tersebut iaitu Loh Suan Phang berhasrat untuk berurusan dengan sekuriti di Widetech ketika ‘closed period’.

Suan Phang memiliki 3.53 juta saham, mewakili 7.89% kepentingan dalam syarikat berkenaan.

Sementara itu, pada awal bulan lalu, syarikat terbabit mengumumkan bahawa anak syarikat milik penuhnya iaitu Probusiness Investments Ltd telah menandatangani perjanjian penjualan saham untuk pelupusan semua 720,000 saham biasa atau 40% kepentingan ekuiti dalam Goldshore Capital Ltd (GCL) kepada pengarahnya, Ngai Chew Meng untuk jumlah pertimbangan tunai sebanyak AS$1.

Chew Meng merupakan pengarah dan pemegang saham utama GCL. Beliau ketika ini memiliki 60% kepentingan ekuiti dalam GCL.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat