Saintis Tentera China ‘Kantoi’ Dengan AS

1,299

Konflik antara Amerika Syarikat (AS) dan China nampaknya kian memuncak selepas AS menahan empat saintis tentera China yang cuba memasuki negara itu dengan menggunakan visa palsu.

Menurut laporan BBC yang memetik kenyataan dikeluarkan oleh peguam Jabatan Kehakiman AS, John C Demers sebagai berkata, kesemua mereka yang juga merupakan anggota Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) China cuba menyembunyikan identiti masing-masing dengan menggunakan visa penyelidikan.

Tambah Demers, ini merupakan salah satu pelan Parti Komunis China untuk mengambil kesempatan terhadap sistem komuniti terbuka AS dan mengeksploitasi institusi akademik.

Identiti empat saintis itu dikenali sebagai Wang Xin, Song Chen, Zhao Kaikai dan Tang Juan.

Wang Xin ditahan pada 7 Jun lalu di Lapangan Terbang Los Angeles manakala Song Chen dan Zhao Kaikai diberkas pada 18 Julai lalu.

Tang Juan pula dikatakan bersembunyi di bangunan konsulat China di San Francisco.

Keempat-empat saintis tersebut berbohong mengenai perkhidmatan mereka dalam PLA. Mereka mendakwa tidak pernah berkhidmat dalam ketenteraan atau tidak lagi berkhidmat dengan tentera.

Konflik AS dan China dilihat kian memuncak terutamanya selepas Trump menyalahkan China menjadi punca penyebaran pandemik Covid-19.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat