Saksikan Pergerakan Semasa Mata wang Menjelang Data Inflasi AS

495

Menghitung detik menjelang pengeluaran data inflasi dari Amerika Syarikat, pelabur terus memperkukuhkan pegangan terhadap US dolar pada sesi Eropah.

Berbanding kebanyakan mata wang utama, indeks dolar diperdagangkan lebih kukuh pada 108.20, paras tertinggi 20 tahun.

Dengan jangkaan peningkatan tahunan kepada 8.8% pada bulan Jun, ia bakal menguatkan lagi keyakinan pelabur untuk Federal Reserve (Fed) meneruskan kenaikan kadar faedah yang agresif pada mesyuarat polisi akan datang.

Sementara itu, dagangan euro berlegar pada sekitar harga pariti berbanding dolar greenback dengan kebimbangan terhadap krisis tenaga terus membelenggu permintaan terhadap mata wang itu.

Mata wang pound pula gagal mengekalkan keuntungan yang diraih susulan data ekonomi UK yang melebihi jangkaan di mana Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dilaporkan berkembang 0.5% pada bulan Mei daripada penguncupan 0.2% pada April.

Dolar kiwi pula sedikit meningkat susulan keputusan Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) yang telah menaikkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas kepada 2.50% seperti dijangkakan secara meluas oleh pasaran.

Dalam pada itu, tumpuan turut disasarkan kepada mesyuarat polisi Bank of Canada (BOC) yang dijangka akan melaksanakan kenaikan kadar lebih besar iaitu sebanyak 75 mata asas.

Menjelang keputusan BOC, dolar Kanada sedikit berubah berbanding US dolar yang kuat dengan kelemahan dagangan minyak mentah turut membataskan pergerakan mata wang komoditi itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat