Salesforce Menggila Di Wall Street! Ada Yang Beli Saham Ini?

202

Keuntungan dan prospek mengejutkan Salesforce Inc telah mengangkat saham syarikat itu lebih tinggi pada sesi dagangan Rabu.

Salesforce melaporkan kerugian suku keempat sebanyak $98 juta, atau 10 sen sesaham, atas hasil sebanyak $8.38 bilion yang meningkat daripada $7.33 bilion setahun lalu.

Selepas melaraskan pampasan saham dan kos lain, syarikat perisian cloud itu melaporkan pendapatan $1.68 sesaham, melonjak daripada 84 sen sesaham tahun lepas. Ia juga lebih tinggi daripada jangkaan $1.36 sesaham. 

Ekoran daripada itu, saham Salesforce melonjak lebih 15% dalam dagangan lanjutan selepas ditutup dengan peningkatan 2.3% pada $167.34.

Kali terakhir saham syarikat itu meningkat lebih 10% dalam satu sesi ialah pada 26 Ogos 2020, apabila ia menikmati rekod keuntungan selepas laporan pendapatan yang kukuh pada awal pandemik Covid-19.

Turut menyokong pengukuhan tersebut adalah ramalan yang lebih tinggi oleh syarikat itu bagi tahun akan datang dan rancangan untuk meningkatkan pembelian balik saham.

Difahamkan, margin operasi akan ditetapkan kepada kira-kira 27% pada tahun fiskal 2024, yang akan berlangsung hingga Januari depan. Ia melebihi anggaran purata penganalisis sebanyak 22.4%.

Selain itu, Salesforce juga berkata ia akan meningkatkan program pembelian semula sahamnya kepada $20 bilion.

Untuk rekod, pada tahun fiskal akhir 2022, syarikat itu telah mengumumkan pemberhentian 10% daripada kira-kira 80,000 pekerjanya.

Nak tahu lebih mendalam mengenai pasaran? Jom join komuniti kami! ~Klik sini 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat