Samaiden Bersinar Terang Tahun Ini

252

Awak menang anugerah, dia menang anugerah, semua menang anugerah.

Samaiden Group Bhd, syarikat penyelia tenaga boleh diperbaharui dan penyelesaian alam sekitar, telah dinobatkan sebagai syarikat solar terbaik tahun ini bagi kategori engineering, procurement dan construction (EPC).

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin bertarikh 22 November, Samaiden telah dianugerahkan gelaran tersebut dalam majlis Malaysia Solar Week Leadership Awards yang diadakan secara maya pada 19 November yang lalu.

Pengarah urusan Saimaiden, Ir. Chow Pui Hee yang turut dianugerahkan Emerging Business Leader of the Year Award semasa majlis tersebut berkata, penganugerahan tersebut adalah bukti bagaimana Samaiden telah berkembang sejak penubuhannya pada 2013.

Tambahnya lagi, mereka telah membina rekod prestasi yang kukuh dalam menyampaikan penyelesaian yang inovatif dan kos efektif yang memberi manfaat kepada alam sekitar yang bersesuaian dengan keperluan pelanggan.

Selain itu, mereka turut terlibat dalam 7 projek solar berskala besar dalam pelbagai kapasiti termasuk kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan dengan jumlah kapasiti terpasang 174MWp.

Malaysia Solar Week Leadership Awards berlangsung setiap tahun dan anugerah tersebut akan dianugerahkan kepada syarikat yang menunjukkan prestasi terbaik dalam sektor solar di Malaysia termasuk juga Emerging Business Leader of the Year Award yang turut diberikan kepada individu yang menunjukkan kepimpinan professional dalam industri solar.

Setakat tengah hari, saham Samaiden jatuh 1 sen pada RM1.11 dengan 35, 300 saham tidak didagangkan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat