Sampai 200 Pips GBP/USD Terpacak Semalam, Apa Pula Selepas Ini?

177

Pelabur berwaspada terhadap pergerakan carta harga pasangan mata wang GBP/USD dari awal minggu ini berikutan data-data penting dijangka akan memacu arah harga.

Selepas data pertumbuhan ekonomi dan pekerjaan UK diterbitkan, mata wang Pound dilihat kekal mendatar dan tidak memberi tindak balas yang ketara sehingga ke sesi Eropah semalam.

Namun, situasi berubah menjelang sesi New York semalam apabila Pound mula menunjukkan pengukuhan. Adakah data-data tersebut lambat memberi kesan terhadap Pound?

Tidak. Sebaliknya lonjakan pada nilai Pound adalah disebabkan penyusutan yang berlaku terhadap US dolar susulan reaksi terbitan data inflasi Amerika Syarikat (AS).

Bacaan inflasi tahunan AS susut ke paras 7.1% pada November, menunjukkan penurunan 5 bulan berturut-turut sekaligus menguatkan jangkaan untuk Federal Reserve (Fed) memperlahankan kenaikan kadar faedah.

Kedua-dua bank pusat Fed dan Bank of England (BOE) pada Khamis esok dijangka untuk menaikkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas.

Sebelum itu, data inflasi UK akan diberikan tumpuan terlebih dahulu di awal sesi Eropah sebentar lagi.

Meneliti pergerakan harga, kenaikan harian sekitar 200 pips telah dipamerkan pada carta GBP/USD merekodkan ketinggian terbaru 6 bulan.

Pada mulanya harga mendatar di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan di carta GBP/USD sebelum melonjak menembusi rintangan pada 1.24000 mencapai ketinggian terbaru sekitar 1.24400.

Namun, selepas mencapai paras tersebut, harga susut semula hampir 100 pips untuk menutup dagangan di sesi New York.

Harga masih menunjukkan isyarat pergerakan pada trend bullish dengan jangkaan kenaikan bakal diteruskan lagi hari ini (Rabu).

Berjaya melonjak melepasi semula paras 1.24000 akan mendorong kenaikan lebih tinggi harga dengan sasaran terbaru adalah pada ketinggian 1.25000.

Sebaliknya jika berlaku penurunan harga semula, paras 1.23000 bakal menjadi tumpuan awal untuk diuji sebelum pelabur menilai isyarat perubahan trend bearish.

Penurunan lebih rendah yang diteruskan dilihat akan menuju zon 1.22000 dan seterusnya pada 1.21000.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat