Sampai Bila ECB Akan Terus Hawkish?

135

Walaupun Presiden Bank Pusat Eropah (ECB) Christine Lagarde berulang kali menyatakan pendirian hawkishnya, namun sesetengah pemerhati pasaran mempersoalkan sejauh mana bank pusat itu akan berada di landasan tersebut.

ECB kini berada dalam fasa pengetatan dengan melaksanakan empat kenaikan kadar dalam usaha memerangi inflasi yang tinggi seluruh Zon Eropah.

Data terkini menunjukkan dua bulan berturut-turut dalam inflasi utama, namun ia masih jauh melebihi sasaran 2%. Ekoran itu, para penggubal dasar ECB terus menawarkan kenyataan hawkish untuk meneruskan peningkatan kadar faedahnya.

Pun begitu, pemerhati pasaran mula tertanya-tanya, sampai bilakah pendirian ini akan bertahan?

Penganalisis dari UniCredit mengatakan ketidakpastian untuk langkah bank pusat selepas bulan Mac adalah lebih tinggi, di mana penggubal dasar ECB dilihat terus hawkish utuk kenaikan selanjutnya pada suku kedua.

Bagaimanapun, penggubal dasar Fabio Panetta berkata awal minggu ini bahawa bank pusat itu tidak seharusnya terlalu komited pada perubahan kadar selepas mesyuarat Macnya.

Kenyataan ini dilihat penganalisis sebagai pembuat dasar mula berhati-hati dalam menawarkan petunjuk hala tuju bank pusat pada tahun ini.

Sementara itu, tinjauan Reuters yang dikeluarkan awal minggu ini menunjukkan bahawa pasaran menjangkakan ECB akan menghentikan kenaikan kadar pada suku kedua apabila kadar depositnya berada pada 3.25%.

Ini menandakan bank pusat itu akan melaksanakan beberapa kenaikan lagi dalam kadar deposit utamanya yang kini berada pada 2.00%.

Mesyuarat ECB yang akan berlangsung minggu depan, kini menjadi tumpuan utama pelabur yang dijangka bakal menaikkan kadar sebanyak 50 mata asas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat