Sampai Bilakah US Dollar Akan Meneruskan Junaman?

117

US Dollar menjunam ke paras terendah pada Khamis apabila krisis politik semakin membimbangkan di AS dan dikhuatiri bakal melambatkan apa jua usaha Presiden Donald Trump terhadap agenda ekonomi beliau.

Jabatan Kehakiman melantik bekas Pengarah FBI sebagai peguam khas untuk menyiasat pakatan sulit yang mungkin melibatkan Presiden Donald Trump dan Russia di dalam kempen pilihanraya pada 2016.

Trump sebelum ini telah memecat Pengarah FBI James Comey yang juga dikatakan bertanggungjawab untuk menyiasat peranan Russia di dalam kempen pilihanraya Presiden AS tempoh hari.

Media kemudian melaporkan bahawa tindakan Trump telah mengganggu proses siasatan persekutuan dan beliau boleh dipecat sekiranya tuduhan tersebut dapat dibuktikan.

Menurut Bart Wakabayashi iaitu Pengurus State Street Bank Cawangan Tokyo berkata bahawa ketidakstabilan politik Amerika Syarikat telah menggegarkan pasaran. Kebanyakan pelabur juga menghentikan pelaburan terhadap kesemua kenyataan yang dikeluarkan di akhbar baru-baru ini kerana tidak mahu mengambil risiko.

US Dollar Index juga mencecah tahap terendah sejak awal November dengan penyusutan sebanyak 2.2 peratus.

Walaupun kemenangan Trump telah mencetuskan kenaikan besar-besaran bagi US Dollar, dasar perdagangan yang diketengahkan Trump sedikit sebanyak telah mempengaruhi junaman semula matawang gergasi.

Indeks juga telah merosot sebanyak 5.8 peratus sejak paras tertinggi yang dicatat dalam tempoh 14 tahun yang dicatat pada 3 Januari lalu, walaupun matawang berkenaan masih mendapat sokongan daripada prospek kadar yang lebih tinggi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat