Pelabur menjangkakan kelemahan dolar greenback akan terus mendorong kenaikan segalanya dalam pasaran, dari saham AS hingga ke pasaran baru mucul dan industri logam pada tahun 2021.
Pada tahun ini, US dolar jatuh lebih 7% berbanding pesaing utamanya berikutan kadar faedah AS yang rendah, rangsangan fiskal yang besar dan sentimen terhadap aset risiko yang semakin meningkat.
Kejatuhan ini meletakkan matawang US dolar di landasan untuk tahun paling lemah sejak 2017.
Menurut tinjauan yang dilakukan Reuters, lebih dua pertiga penganalisis mengatakan dolar akan terus jatuh sekurang-kurangnya sehingga pertengahan 2021, ketika para pelabur terus beralih ke aset lebih berisiko dan mencari hasil yang lebih tinggi.
Nilai US dolar yang lemah akan memberi manfaat buat pengeksport AS kerana menjadikan produk mereka lebih berdaya saing di luar negara. Ia juga menjadikannya lebih menguntungkan bagi syarikat multinasional AS untuk menukar pendapatan asing menjadi dolar.
Namun begitu, terdapat juga penganalisis yang menjangkakan peningkatan dolar Amerika sekiranya Federal Reserve (Fed) mengetatkan dasar monetari mereka lebih awal daripada dijangkakan.
Matawang juga cenderung untuk mengukuh ketika ketidaktentuan dalam pasaran meningkat dan pelabur pula beralih kepada aset-haven.