Samsung Galaxy Note 10 Mula Dijual Pada Harga $949

328

Syarikat elektronik gergasi dari Korea Selatan, Samsung telah mengumumkan satu lagi produk keluaran baru mereka iaitu Galaxy Note 10 yang dilancarkan secara besar-besaran di bandar New York semalam.

Bagi Note 10+, ia akan mula berada di pasaran pada 23 Ogos ini dengan menampilkan ciri baru iaitu versi 5G. Pesaing utama mereka, Apple dijangka masih belum memasukkan ciri tersebut pada telefon pintar mereka untuk keluaran 2019.

Untuk Note 10 yang memiliki saiz skrin 6.3 inci ini akan mula dijual pada harga $949. Bagi Note 10+ pula, ia hadir dengan saiz skrin yang lebih besar iaitu 6.8 inci dan akan dijual pada harga $1,099 bagi versi LTE dan $1,299 bagi versi 5G.

Antara ciri yang terdapat pada Note 10 ialah memiliki 3 kamera belakang yang boleh mengambil gambar dalam pelbagai mod, kebolehan untuk menggunakan SPen bagi pelarasan kawalan gambar dan video melalui pergerakan dan mengimbas objek dalam bentuk 3D.

Peranti ini dilihat menyokong teknologi pengecasan pantas untuk pertama kalinya, menggunakan pengecas dengan kapasiti 45W. Ini bermakna telefon ini boleh bertahan dalam masa sehari hanya dengan mengecas selama 30 minit.

Tidak lupa juga, Galaxy Fold yang pernah ditarik balik pengeluarannya kerana isu skrin akan mula dipasarkan pada September ini. Peranti ini dikira unik kerana mempunyai skrin yang boleh dilipat dan menjadi tablet untuk kepuasan skrin yang lebih besar.

Dalam pada itu, Samsung juga melancarkan sebuah produk baru iaitu Galaxy Book S, sebuah komputer riba yang sangat ringan didatangi dengan ciri “mirroring” di mana kandungan yang terdapat pada komputer riba boleh disalin ke dalam televisyen.

Galaxy Book S mempunyai skrin sentuh bersaiz 13 inci dan menggunakan pengecas yang sama seperti Galaxy Note 10 bakal tersedia di pasaran September ini dengan harga bermula $999.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat