Samsung Jangka Catat Untung Tertinggi Sejak 2018 Untuk Laporan Suku Pertama

277

‘Mesti ramai pengguna beli produk Samsung, tu yang meledak tu.’

Samsung Electronics Co Ltd dijangka mencatat keuntungan suku pertama (Q1) tertinggi sejak 2018, didorong oleh peningkatan pesat pada cip memori ekoran permintaan kukuh.

Penganalisis Refinitiv SmartEstimate menjangkakan keuntungan operasi bagi telefon pintar dan pembuat cip memori terbesar dunia itu mungkin cecah 13.3 trilion Won atau US$10.9 bilion pada Q1 yang berakhir Mac.

Ia menandakan keuntungan syarikat itu akan meningkat 4% daripada 9.38 trilion Won yang dicatat pada tahun sebelumnya, dan merupakan keuntungan tertinggi bagi Q1 sejak 2018.

Menurut jadual, gergasi teknologi Korea Selatan itu akan mengumumkan keputusan laporan Q1 pada hari Khamis waktu tempatan.

Sementara itu, para penganalisis meramalkan keuntungan cip bagi Q1 Samsung mungkin cecah 7.6 trilion Won, iaitu lebih 2 kali ganda daripada 3.37 trilion Won yang dicatat tahun sebelumnya dan pernigaaan cip sahaja mungkin akan menyumbang kira-kira separuh daripada keseluruhan pendapatan.

Umumnya, harga cip melonjak kukuh daripada jangkaan pada Q1 walaupun ia berundur selepas kenaikan sepanjang tahun lalu apabila pelanggan menyimpan stok untuk mengawal kesesakan rantaian bekalan.

Selain itu, keuntungan perniagaan telefon pintar keluaran Samsung dianggarkan menepati ramalan iaitu sedikit menurun pada 4.04 trilion Won daripada 4.39 trilion Won yang dicatat pada tahun sebelumnya.

Dalam pada itu, Greg Roh, ketua penyelidikan di Hyundai Motor Securities menyatakan walaupun Samsung mempunyai 30% bahagaian dalam pasaran telefon pintar Rusia, ia tidak akan memberi kesan besar kepada keuntungan syarikat kerana Rusia mahupun Ukraine hanya menyumbang 2% daripada jumlah keseluruhan Samsung.

Seperti diketahui Samsung turut serta bersama beberapa kuasa besar Barat lain yang mengenakan sekatan terhadap Rusia ekoran pencerobohannya ke atas Ukraine.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat