[Saracen Outlook] Jangkaan Inflasi Pengguna AS Menurun, Bebani Dolar & Fed

291
  • Jangkaan Inflasi Pengguna merosot daripada 4.1% pada Mei kepada 3.8% pada Jun.
  • Inventori Borong (Wholesales Inventories) kekal tidak berubah pada Mei.
  • Indeks Dolar AS menguji tahap terendah sesi apabila pedagang menganggap Fed akan mengambil sikap yang “hawkish”.

Pada 10 Julai, fokus para pedagang tertumpu kepada laporan Jangkaan Inflasi Pengguna AS bagi bulan Jun. Laporan tersebut telah menunjukkan penurunan Jangkaan Inflasi Pengguna daripada 4.1% pada Mei kepada 3.8% pada Jun, sedikit di bawah konsensus penganalisis sebanyak 3.9%.

Jangkaan Inflasi Pengguna memainkan peranan penting sebagai pemangkin bagi Federal Reserve, kerana jangkaan yang lebih tinggi sering kali membawa kepada inflasi yang meningkat. Untuk mengembalikan inflasi kepada sasaran 2% Fed, adalah penting untuk mengurangkan jangkaan inflasi ini.

Selain itu, para pedagang dengan teliti mengikuti laporan Inventori Borong bagi bulan Mei. Laporan tersebut menunjukkan bahawa Inventori Borong kekal tidak berubah, selaras dengan konsensus penganalisis sebanyak -0.1%.

Selepas pengumuman laporan Jangkaan Inflasi Pengguna, Indeks Dolar AS menguji tahap terendah sesi pada 102.15. Pedagang mengartikan penurunan jangkaan inflasi sebagai isyarat bahawa Federal Reserve mungkin akan mengambil sikap yang kurang “hawkish”.

Perubahan sentimen ini memberi tekanan kepada dolar, dengan hasil bon kerajaan juga berundur mendekati tahap terendah sesi, memperkuatkan tekanan terhadap mata wang Amerika.

Di pasaran logam berharga pula, emas diliihat stabil hampiri paras $1,925 apabila pedagang memberi tumpuan kepada dolar yang melemah dan hasil bon kerajaan yang menurun.

Secara keseluruhan, emas terperangkap dalam julat antara sokongan pada $1,910 dan rintangan pada $1,940.

Log Masuk/Daftar Akaun Saracen Markets Dan Dapatkan Akses Dokumen MARKET OUTLOOK Yang Menjadi Rujukan Institusi Dan Pedagang Profesional. Log Masuk Sekarang – KLIK DI SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat