Satu Lagi Data Stok Minyak US Meningkat 13.8 Juta Tong

63

The Energy Information Administration (EIA) atau Pengurusan Informasi Tenaga di US melaporkan inventori minyak mentah yang meningkat sebanyak 13.8 juta tong pada minggu berakhir 3 Februari berbanding 6.5 juta peningkatan sebelum ini.

Jumlah inventori berada 8.1% melebihi stok tahun lalu di paras 508.6 juta.

Data ini dikeluarkan setiap minggu oleh The Energy Information Administration (EIA) yang mengira perubahan dalam inventori minyak di US setiap minggu. Ia dikeluarkan selepas empat hari minggu tersebut berakhir.

Data terbaru inventori minyak mentah yang dikeluarkan oleh Institut Petroleum Amerika (API) juga merekodkan penambahan stok sebanyak 14.23 juta tong pada minggu berakhir 3 Februari berbanding minggu sebelum ini yang mencatatkan kenaikan 5.8 juta tong. Data kali ini terlalu tinggi berbanding jangkaan pasaran iaitu peningkatan 2.5 juta tong.

Ketika ini, harga minyak WTI (West Texas Intermediate)  didagangkan di paras $52.33 setong berbanding paras tertinggi yang dicapai minggu ini pada Isnin di $54.13.

Manakala minyak Brent (Brent-oil) ketika ini didagangkan di paras $55.38 jatuh dari paras tertinggi yang direkodkan minggu ini pada harga $57.13 setong.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat