Satu Lagi Episod Malang, Kemanakah Halatuju Harga Bitcoin?

4,203

Harga Bitcoin sekali lagi membuat percubaan untuk menembusi paras harga $50,000 seperti yang dilakukan sebelum ini. Namun begitu, kesemua percubaan gagal untuk melepasi paras tersebut sehingga mendorong kejatuhan harga lebih lanjut dalam aset kripto. Ethereum disisi lain masih berjuang untuk mengekalkan harga di atas $4,000.

Dalam tempoh 24 jam, Bitcoin telah didagangkan sekitar $49,000 dan memulakan langkah-langkah yang dinantikan iaitu penembusan di atas harga $50,000. Menariknya, Bitcoin berjaya tembus paras tersebut namun sayangnya ia gagal untuk kekal di atas $50,000 pada jam berikutnya dan menyebabkan harga BTC jatuh sehingga ke paras harga $48,000.

Sejak pembetulan harga yang besar-besaran pada hari Sabtu lalu, dimana harga BTC telah jatuh dari $58,000 kepada $42,000, aset kripto itu tidak dapat menuntut semula paras harga $50,000, walaupun mencuba beberapa kali.

Waima begitu, aset kripto kedua terbesar iaitu Ethereum menunjukkan prestasi yang lebih baik dari Bitcoin walaupun telah kehilangan momentum dari $4,650 kepada $3,500 dalam beberapa jam sebelum ia melantun balik. Ketika penulisan harga Ethereum didagangkan pada $3,943.17.

Disisi lain, Binance Coin (-3%), Solana (-2.5%), Cardano (-2%), Dogecoin (-2%) dan CRO (-1%) juga berada dalam lautan merah daripada alt coin bermodal lebih besar.

Pasaran kini memberi tumpuan pada paras sokongan $47,685, jika Bitcoin gagal menutup di atas paras ini maka terdapat kebarangkalian ia akan jatuh ke paras $43,710. Disisi lain untuk momentum bullish, pasaran mengharapkan harga Bitcoin dapat ditutup di atas $51,659 agar ia terus melantun ke paras $60,000 kembali.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat