Satu Malam Lonjak Lebih 200 Pips! Apa Berlaku Pada USD/CAD?

133

Carta harga pasangan mata wang USD/CAD pada Selasa semalam antara yang mencuri tumpuan kerana berlaku pergerakan harian harga yang drastik.

Harga dilihat telah melonjak sehingga lebih 200 pips ekoran US dolar yang mengukuh didorong oleh sentimen berisiko dipengaruhi perkembangan buruk di China.

Namun, ada cerita tentang dolar Kanada juga yang pelabur perlu tahu.

Sensitif terhadap pasaran minyak global, dolar Kanada didagangkan lemah ekoran kebimbangan ketidaktentuan yang melanda ekonomi China sebagai salah sebuah negara pengguna terbesar minyak dunia akan menjejaskan permintaan.

Tetapi, risiko yang sedikit mereda di China akan memulihkan semula situasi.

Data pertumbuhan ekonomi Kanada untuk bulan September lalu mencatatkan sedikit penurunan yang menepati ramalan pada bacaan yang diterbitkan di sesi New York semalam.

Selain itu, terdapat laporan bahawa Royal Bank of Canada (RBC) telah mencapai persetujuan untuk membeli HSBC Bank Canada dengan nilai $13.5 bilion, mempengaruhi sentimen positif di Kanada.

Pelabur juga akan memantau laporan data pekerjaan Kanada yang akan diterbitkan bersama-sama laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat pada Jumaat nanti.

Carta harga USD/CAD pada minggu ini paparkan pergerakan bullish dengan lonjakan pada Selasa semalam telah berjaya menembusi rintangan 1.35000 dan mencapai ketinggian terbaru 4 minggu pada zon 1.36400.

Harga yang sebelumnya turun menguji paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta USD/CAD sebelum melantun lebih 200 pips itu telah memberi isyarat lebih jelas pergerakan bullish diteruskan.

Mendatar di sepanjang sesi Asia hari ini (Rabu) di sekitar 1.35700, harga dijangka untuk menyambung kenaikan lebih tinggi melepasi zon 1.36400 yang dicapai semalam.

Kenaikan seterusnya berpotensi untuk mensasarkan sehingga ketinggian 1.38000 yang memerlukan lebih 200 pips lagi pendakian harga.

Sebaliknya, jika berlaku penurunan semula ketika dagangan menuju penghujung minggu ini, zon RBS (resistance become support) 1.35000 akan menjadi tumpuan awal untuk diuji.

Penurunan lebih rendah yang diteruskan melepasi zon tersebut akan menuju semula ke paras-paras tumpuan sebelum ini sekitar 1.34000 dan 1.33000.

Lihat gambar carta harga pasangan USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat