Sayang Seribu Kali Sayang, OPEC+ Gagal Gerakkan Harga Minyak!

207

Langkah OPEC+ untuk mengurangkan pengeluaran minyak mentah tampaknya gagal memberi dorongan buat dagangan komoditi hitam untuk meningkat lebih tinggi.

Pada hari Isnin, pertemuan Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutunya yang lebih dikenali sebagai OPEC+, telah bersetuju untuk menurunkan pengeluaran sebanyak 100,000 tong sehari mulai bulan Oktober.

Dengan angka hanya kira-kira 0.1% daripada permintaan global, langkah tersebut diambil bertujuan menangani masalah makroekonomi dan mengimbangi potensi peningkatan bekalan daripada Iran.

Walau bagaimanapun, tindakan OPEC dilihat sebagai simbolik berikutan kegagalan beberapa negara anggota OPEC+ untuk memenuhi sasaran pengeluarannya sebelum ini.

Hal ini menyebabkan dagangan minyak hanya memaparkan sedikit reaksi memandangkan sentimen pasaran yang berisiko masih lagi membelenggu pasaran komoditi hitam itu.

Pada sesi Asia, niaga hadapan minyak mentah Brent didagangkan sedikit merosot pada $94 setong manakala dagangan WTI Amerika Syarikat pula suram pada $88 setong.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat