Sebab Bocor Data Pengguna, Meta Dihukum Oleh EU!

344

Meta didenda oleh Kesatuan Eropah (EU) sebanyak €1.2 bilion ($1.3 bilion) susulan pelanggaran privasi dengan memindahkan data peribadi pengguna Facebook (FB) kepada server di Amerika Syarikat.

Dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perlindungan Data Ireland, ia merupakan denda terbesar yang dikenakan di bawah undang-undang privasi Peraturan Perlindungan Data Am (GDPR) EU.

Rekod sebelumnya sebanyak €746 juta ($805.7 juta) telah dikenakan terhadap Amazon pada tahun 2021.

GDPR menetapkan peraturan yang perlu dipatuhi oleh syarikat untuk memindahkan data pengguna ke luar blok itu.

Selain itu, Meta juga telah diarahkan untuk menghentikan pemprosesan data peribadi pengguna Eropah di Amerika Syarikat dalam tempoh enam bulan.

Pengawal selia EU mendakwa bahawa pelanggaran Meta adalah sangat serius kerana melibatkan pemindahan yang sistematik, berulang dan berterusan.

Denda yang besar itu adalah sebagai peringatan kepada organisasi bahawa pelanggaran undang-undang yang serius boleh memberikan akibat yang besar.

Bertindak balas kepada dakwaan tersebut, Meta mengatakan isu itu berpunca daripada konflik undang-undang antara peraturan AS mengenai akses kepada data dan hak privasi rakyat Eropah.

Ekoran daripada itu, ia bakal membuat rayuan atas keputusan tersebut, selain turut menambah bahawa tidak akan gangguan serta merta kepada FB di Eropah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat