Sebab EU, Harga Minyak Meroket Lebih 7%

2,861

Harga minyak meneruskan kenaikan lebih tinggi pada hari Selasa ketika Kesatuan Eropah (EU) mempertimbangkan rancangan untuk mengenakan sekatan import ke atas minyak Rusia.

Niaga hadapan minyak mentah Brent didagangkan kukuh pada $118 setong ketika sesi Asia, manakala dagangan WTI Amerika Syarikat pula diniagakan stabil pada sekitar harga $112 setong.

Kedua-dua penanda aras telah melonjak lebih 7% pada Isnin berikutan terdapat beberapa faktor yang membebankan pasaran.

Menteri luar EU mempunyai pendapat berbeza mengenai sama ada akan menyertai Amerika Syarikat dalam menyekat minyak Rusia, di mana Jerman menentangnya dengan berhujah bahawa blok itu terlalu bergantung kepada import minyak mentah dan bahan api dari Moscow.

Perpecahan ini menimbulkan kesulitan buat EU untuk membuat keputusan memandangkan sebarang keputusan yang dibuat perlu dipersetujui oleh semua 27 negara anggota.

Para pemimpin Eropah dijadualkan bertemu Presiden AS Joe Biden pada hari Khamis untuk beberapa siri sidang kemuncak yang dibentuk bagi mengeraskan tindak balas Barat terhadap Rusia.

Kremlin sebelum ini telah memberi amaran bahawa sebarang sekatan oleh Eropah akan memberi kesan mendalam ke atas pasaran dan paling teruk melanda benua itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat