Sebab Faktor-faktor Ini, Emas Hitam Melonjak Lebih 5%

460

Harga minyak meneruskan kenaikan lebih tinggi setelah pengawal selia ubat AS memberikan kelulusan penuh kepada vaksin Pfizer, yang mendorong pelabur mengharapkan permintaan bahan bakar lebih tinggi mengikuti peningkatan kadar vaksinasi di negara itu.

Sesi dagangan Asia menyaksikan niaga hadapan minyak mentah Brent meningkat kepada $69.40 setong, sementara dagangan WTI Amerika Syarikat didagangkan menokok pada $66.24 setong.

Kedua-dua penanda aras telah meningkat lebih 5% pada hari Isnin yang dipacu oleh kelemahan US dolar, selepas mencatatkan kerugian terbesar mereka dalam tempoh lebih 9 bulan pada minggu lalu.

Vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech menjadi yang pertama mendapat kelulusan penuh oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan AS (FDA) pada hari Isnin, untuk digunakan pada rakayat yang berumur 16 tahun ke atas.

Kelulusan penuh ini diharap akan menambah keyakinan orang ramai untuk divaksinasi kerana ia memenuhi standard keselamatan, keberkesanan dan kualiti pembuatan yang tinggi, sekali gus meningkatkan kadar vaksinasi di AS.

Turut menyokong kenaikan harga adalah jangkaan yang kuat bahawa inventori minyak mentah dan petrol AS akan menunjukkan penurunan pada minggu lalu, sementara stook penyulingan dijangka akan meningkat, menurut anggaran awal menjelang data industri pada hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat