“Haih SEC ni, mengaku je la kalah kalau dah rasa tak boleh menang.”
Peguam pro-mata wang kripto Ripple (XRP), John Deaton menimbulkan persoalan baharu tentang memo rahsia yang merupakan nota daripada Peguam dilantik Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) ketika itu kepada Willian Hinman iaitu bekas pengarah Bahagian SEC Kewangan Perbadanan.
Memo rahsia itu bermula pada Jun 2018 apabila Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ripple Labs, Brad Garlinghouse dan Ketua Pegawai Teknologi (CTO) bernama David Schwartz mengemukakan soalan kepada bekas Pengerusi SEC, Jay Clayton.
Rentetan itu, Deaton mempersoalkan mengapa dokumen tersebut tidak didedahkan kepada umum sekiranya pegawai SEC berhujah bahawa penjualan XRP adalah sekuriti yang sama sekali tidak dikawal oleh sesiapa.
Susulan XRP dapat ditunjukkan sebagai bukan sekuriti dalam banyak cara, Deaton mendedahkan bahawa penemuan memo Howey adalah sangat penting.
Hal ini kerana memo tersebut mungkin telah menyatakan bahawa XRP bukanlah sekuriti dan ia tidak memenuhi syarat Howey Test, oleh itu SEC sama sekali tidak dapat menyokong kenyataannya jika memo tersebut didedahkan.
Deaton turut berkata bahawa komuniti XRP akan mendapat manfaat apabila Clayton dan Hinman disoal di hadapan mahkamah susulan Hakim Analisa Torres pernah menyatakan jualan XRP tidak memenuhi Howey Test.
Meskipun begitu, SEC berhasrat menyembunyikan memo tersebut kerana ia didapati mampu memberi ancaman kepada mereka yang sejak dahulu lagi menegaskan bahawa XRP adalah sekuriti walaupun hakikatnya tidak.
Setakat penulisan ini, harga XRP mencanak sebanyak 0.17% pada paras $0.50 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran bernilai $26 bilion tetapi tetap merekodkan penurunan 5.23% sepanjang minggu lepas.