US dolar ketara menyusut pada dagangan sesi terakhir minggu lalu kesan reaksi pasaran terhadap laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan.
Meneliti laporan, pekerjaan di AS pada Oktober catat pertambahan lemah sekitar 150,000 lebih rendah berbanding ramalan 178,000.
Manakala kadar pengangguran meningkat dari 3.8% kepada 3.9%. Purata pendapatan gaji menurun kepada 0.2% daripada 0.3% sebelum ini.
Keseluruhan bacaan laporan yang suram ini telah menambahkan jangkaan untuk kenaikan kadar faedah tidak akan dinaikkan oleh Federal Reserve (Fed) pada mesyuarat Disember nanti.
Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD menyaksikan lonjakan hingga 100 pips selepas data NFP diterbitkan dengan kenaikan harian harga pada Jumaat mencapai sekitar 130 pips.
Selepas lonjakan menembusi zon rintangan 1.07000, paras ketinggian terbaru dicatatkan pada sekitar 1.07400 sebelum harga perlahan menutup dagangan sesi terakhir minggu itu sekitar tersebut.
Dengan momentum lonjakan yang berlaku, harga dijangka akan meneruskan kenaikan lebih tinggi lagi minggu ini dengan sasaran untuk mencapai paras 1.08000.
Harga bakal catatkan paras tertinggi terbaru 10 minggu jika kenaikan diteruskan dengan sasaran akan beralih kepada zon 1.09300.
Namun jika harga membuat terjunan semula di bawah zon 1.07000, akan memberi amaran untuk kejatuhan harga yang boleh tercetus.
Penurunan harga lebih rendah boleh mencecah kembali ke sekitar 1.06000 sebelum pergerakan bearish yang diteruskan akan menuju ke support tumpuan 1.05000.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG