Sebab Perang Ukraine-Rusia, Jerman Tanggung Derita Berpanjangan

305

Derita yang ditanggung ekonomi Jerman akibat perang Rusia di Ukraine akan bertahan sehingga bertahun-tahun, menurut pakar ekonomi dari Institut Penyelidikan Ekonomi Jerman.

Memetik kepada laporan Reuters yang melaporkan temu bual dengan Marcel Fratzscher, impak daripadanya berpotensi membawa kerugian sehingga 3% dalam pertumbuhan tahun ini.

Fratzscher, yang institutnya merupakan penasihat kerajaan Jerman mengenai dasar makroekonomi, berkata kesannya boleh bertahan sehingga 2025 iaitu apabila Jerman berjaya membebaskan negara itu daripada kebergantungan pada gas Rusia.

Ekonomi terbesar di Eropah itu kini sedang berusaha untuk mencari pengganti lain bagi bekalan gas Rusia setelah ia melaksanakan sekatan ke atas Moscow atas pencerobohannya terhadap Ukraine.

Fratzscher berkata perang di Ukraine telah menyebabkan kerosakan besar kepada ekonomi Jerman dengan meramalkan ekonomi hanya akan berkembang 1.5% daripada 4.5% yang diunjurkannya pada awal tahun.

Impak ke atas inflasi berikutan harga tenaga yang tinggi juga dijangka kekal untuk tempoh yang sama.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat