Ucapan Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell dan Presiden European Central Bank (ECB) di acara simposium Jackson Hole minggu lalu diberi tumpuan.
Adakah ia memberi kesan kepada pergerakan mata wang US dolar dan Euro?
Powell menyampaikan petunjuk dasar monetari yang berbaur hawkish, di mana bank pusat dikatakan masih perlu untuk menaikkan kadar faedah lebih tinggi untuk menurunkan inflasi ke paras sasaran, tetap akan melaksanakan langkah dengan berhati-hati pada mesyuarat September.
US dolar tampak kukuh susulan reaksi pasaran terhadap kenyataan Powell itu.
Sementara, mata wang Euro dilihat tidak memberi reaksi yang ketara dengan ucapan Lagarde yang lebih neutral.
Beliau menyatakan bahawa dasar monetari yang ketat ketika ini berkemungkinan akan dikekalkan untuk tempoh lebih panjang untuk capai sasaran inflasi 2% bank pusat.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/sis-fx-usd-selepas-jackson#t=0:00
Pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD, pelabur memerhatikan reaksi pergerakan harga pada sesi-sesi akhir minggu lalu.
Harga pada mulanya meningkat ketika US dolar melemah dahulu sebelum acara bermula, harga meningkat ke paras 1.08400.
Kemudiannya, US dolar mengukuh setelah petunjuk ucapan dari Powell sekaligus menekan harga jatuh semula ke paras 1.07700 yang menjadi paras terendah terbaru 2 bulan.
Harga menutup dagangan penghujung sesi terakhir itu dengan melantun semula ke zon 1.08000 dan harga berlegar perlahan di sekitar itu pada pembukaan sesi pertama awal minggu ini.
Corak harga dinilai kekal dalam trend bearish dengan pergerakan di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD sejak minggu lalu.
Penurunan lebih rendah akan dijangkakan lagi selepas ini dari zon 1.08000 menuju ke zon tumpuan berikutnya 1.07000.
Harga juga akan terus catatkan paras terendah terbaru jika US dolar kekal mengukuh minggu ini dan juga sekiranya data-data ekonomi Amerika Syarikat (AS) diterbitkan kukuh.
Namun jika sebaliknya, harga boleh melonjak semula melepasi halangan MA50 untuk isyarat perubahan trend harga.
Kenaikan harga bakal menuju kembali ke zon 1.09000 untuk menguji rintangan tersebut yang turut gagal ditembusi minggu lalu.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG