Sebab Trump, UK ‘Buang’ Huawei!

564

Setelah berminggu-minggu perdebatan mengenai isu keselamatan Huawei, United Kingdom (UK) akhirnya memerintahkan semua syarikat membuang segala peralatan Huawei sebelum akhir 2027.

Keputusan tersebut berdasarkan sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) terhadap Huawei kerana ancaman keselamatan menerusi produknya.

Presiden AS, Donald Trump menyifatkan peralatan Huawei sebagai ‘tidak selamat’ dan tindakan tersebut adalah untuk keselamatan dirinya dan negara. Huawei sudah berkali-kali menyangkal dakwaan tersebut.

CEO Huawei cawangan AS, Andy Purdy, akui keputusan itu merupakan berita duka buat Huawei. Namun, beliau juga akui UK akan menerima impak negatif hasil keputusan yang dilakukan, baik dari segi kewangan dan perkhidmatan Britain di luar bandar dan dalam bandar.

Sebelum ini AS menyeru kepada negara sekutunya – UK, Kanada, Australia dan New Zealand untuk turut sekat kit Huawei.

Pengarah komunikasi Huawei di UK, Ed Brewster berpendapat sekatan tersebut sama sekali tiada kaitan dengan keselamatan, sebaliknya melibatkan perdagangan.

AS dianggap menyerang perniagaan dan produk teknologi mereka kerana bimbang terhadap prestasi sektor teknologi negara yang sudah ketinggalan jauh.

Sekatan tersebut turut melibatkan sekatan pembelian peralatan baru 5G Huawei selepas 31 Disember 2020 dan penghapusan semua kit 5G dari rangkaian mereka sebelum akhir 2027.

Dikatakan sekatan itu akan melambatkan pelancaran 5G di negara itu selama setahun. Kos kumulatif jika ditambah dengan sekatan sebelumnya akan meningkat cecah $2 bilion euro.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat