Carta harga pasangan mata wang GBP/USD sekali lagi berjaya catatkan kenaikan harian 100 pips pada Rabu semalam.
Kenaikan harga yang berlaku itu adalah sebelum mesyuarat FOMC di mana harga berjaya capai ketinggian 1.27000, iaitu paras tertinggi sejak April 2022.
Pound berjaya kekalkan prestasi baik minggu ini disokong oleh terbitan data penting yang menjadi perhatian bank pusat iaitu data pekerjaan dan juga pertumbuhan ekonomi.
Selepas laporan data pekerjaan yang baik diterbitkan pada Selasa lalu, bacaan pertumbuhan bulanan ekonomi UK turut menepati angka ramalan yang pulih dari penguncupan sebelum ini.
Oleh itu, Pound menjadi antara mata wang yang cemerlang mengambil manfaat ketika penyusutan US dolar berterusan dari minggu-minggu sebelum ini.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/fed-hawkish-apa-reaksi-matawang#t=0:00
Sebaik sahaja kenaikan harga semalam menyentuh paras rintangan sasaran 1.27000 itu, harga kembali melantun turun semula susulan reaksi pada mesyuarat FOMC awal pagi tadi.
Federal Reserve (Fed) mengekalkan kadar faedah tidak berubah di paras 5.25%, namun kenyataan susulan oleh bank pusat memberi petunjuk bahawa kenaikan kadar akan berlaku lagi sebanyak 50 mata asas sehingga menuju penghujung 2023 ini.
Justeru, US dolar yang mengukuh telah kembali menekan harga turun sehingga bersambung pada dagangan ke sesi Asia pagi ini (Khamis).
Harga dilihat bakal menguji paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD, dan akan menjadi isyarat perubahan trend jika harga tembusinya.
Susut di bawah paras 1.26000 selanjutnya akan menyaksikan trend bearish harga bakal bermula untuk harga menuju pula ke zon tumpuan 1.25000 sebelum ini.
Namun, jika corak bullish harga masih lagi berjaya dikekalkan, kenaikan harga sekali lagi akan menguji paras rintangan 1.27000 dan tidak mustahil untuk paras ketinggian terbaru dicatatkan lagi.
Sasaran untuk kenaikan lebih tinggi berkemungkinan untuk harga mencapai sekitar 1.28000 atau 1.29000.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG