Sebelum Mula Trade, Ketahui Dulu Apa Jadi Dalam Pasaran!

474

Dolar greenback kekal mengukuh menghampiri paras ketinggian dua tahun ketika keyakinan pelabur untuk kenaikan kadar faedah lebih agresif terus meningkat.

Hasil perbendaharaan AS 10 tahun juga melonjak tinggi berhampiran tahap 2.5%, sekali gus menambah sokongan buat US dolar untuk terus menguat berbanding pesaing utamanya.

Faktor-faktor seperti penularan Covid-19 di China dan konflik berterusan antara Rusia-Ukraine terus mencetuskan ketidakpastian dalam pasaran.

Dolar Aussie bergelut untuk mempertahankan pengukuhannya selepas sedikit susut dari paras ketinggian hampir 5 bulan, sementara dolar New Zealand pula jatuh lebih rendah dari tahap tertinggi 4 bulan yang dicapainya minggu lalu.

Sementara itu, mata wang pound terus susut menghampiri paras terendah sejak November 2020 susulan kenyataan Gabenor Bank Pusat England (BOE), Andrew Bailey pada sesi sebelum ini.

Bailey mengatakan bahawa perubahan dalam pasaran komoditi ekoran perang Rusia-Ukraine telah menimbulkan risiko kepada kestabilan kewangan dan cabaran yang dihadapi ekonomi dunia lebih besar daripada selepas krisis kewangan global.

Ujarnya lagi kenaikan harga tenaga akan menjadi yang paling luar biasa sejak 1970. Apabila ditanya mengenai kenaikan dalam mesyuarat Mei, Bailey memberitahu keadaan sangat tidak menentu selepas pencerobohan Rusia ke atas Ukraine, menaikkan harga tenaga lebih tinggi.

Euro turut menyusut tetapi secara keseluruhannya dilihat masih berlegar di sekitar harga yang sama berbanding USD. Pelabur meningkatkan jangkaan bahawa Bank Pusat Eropah (ECB) akan menaikkan kadar faedah lebih cepat untuk mengekang inflasi.

Data pada Jumaat minggu ini diramal menunjukkan kadar inflasi Eropah melonjak semula paa Mac, mencapai paras tertinggi baharu sepanjang masa 6.5% secara tahunan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat