SEC Ditekan Kongres, Dilabel Menyusahkan Industri Kripto!

1,575

Semuanya serba tidak kena pada pandangan Securities and Exchange Commission (SEC) hingga menimbulkan rasa kurang senang dalam pasaran dan akhirnya membawa 8 ahli kongres mendesak jawapan daripada agensi itu.

Apa yang berlaku?

Difahamkan sejumlah besar firma kripto membuat aduan yang kehadiran SEC telah menganggu dengan penyiasatan yang tidak berasas.

Lantaran daripada itu, ahli-ahli kongres yang terlibat telah menulis surat kepada SEC dan menyebut nama pengerusinya, Gary Gensler dengan dakwaan agensi tersebut telah menyalahgunakan kuasa:

“Telah berlaku satu tindakan yang tidak terkawal, ‘menyalahgunakan’ hak siasatan Bahagian Penguatkuasaan untuk mengumpul maklumat daripada peserta industri mata wang kripto dan blockchain, jelas tidak konsisten berdasarkan piawaian Suruhanjaya.”

Perkara tersebut kemudian dikongsikan oleh ahli kongres, Tom Emmer berdasarkan kicauannya pada malam tadi. Tetapi tidak pula dinyatakan mana-mana syarikat yang terlibat dalam aduan tersebut.

Ini bukan kali pertama Emmer membuat aduan kepada Gensler.

Pada November 2021, Emmer mendakwa tindakan SEC menolak permohonan dana dagangan bursa (ETF) berdasarkan kripto berkali-kali merupakan satu tindakan tidak wajar.

Agak-agak apa pula respons Gensler dalam tuduhan terbaharu ini?

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat