SEC Menang Kes Lawan LBRY! Petanda Buruk Untuk Ripple?

401

Kemenangan kes sekali lagi berpihak kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat (AS) (SEC) apabila mereka berjaya menetapkan token kripto LBC adalah sebagai sekuriti setelah sebelum ini dinafikan oleh pihak LBRY.

Diperjelaskan bahawa token LBC adalah dikeluarkan oleh LBRY, platform perkongsian video decentralized yang membenarkan para penonton menjana pendapatan daripada tontonan video dan pencipta memperoleh token LBC pada platform Odysee.

Ulas lanjut dari kenyataan berikut, LBRY dikenakan tuntutan mahkamah oleh SEC pada Mac 2021 atas dakwaan melanggar undang-undang semasa membuat penjualan aset digital tersebut sama seperti situasi Ripple (XRP).

Namun begitu, LBRY meluahkan ketidakpuasan hati dengan mengatakan SEC melanggar hak syarikat ekoran tidak menyatakan notis yang dapat membuktikan penjualan aset digital tersebut tertakluk kepada undang-undang keselamatan.

Sebaliknya berlaku apabila SEC mengesahkan perkara tersebut dan mengakibatkan syarikat LBRY memohon maaf kepada penggunanya atas keputusan mengejut yang dikeluarkan itu.

Menurut pengawal selia, LBRY mengumpul kripto dan wang tunai bernilai $11 juta daripada pelabur antara tahun 2016 hingga 2021 yang dianggap sebagai kontrak pelaburan sungguhpun syarikatnya tidak memegang sebarang ICO.

Sementara itu, pengerusi SEC Gary Gensler yang menyatakan bahawa kripto merupakan pasaran tidak decentralized akan mengakibatkan aset digital itu dianggap sebagai sesuatu pelaburan yang selamat.

Malah, kes Ripple yang berkemungkinan besar menemui penghujungnya pada pertengahan 2023 akan menyebabkan inovasi kripto di AS mengalami keruntuhan jika masalah itu tidak diselesaikan secepat mungkin.

Dalam pada itu, Ripple kini menerima pelbagai sokongan daripada syarikat, antaranya adalah Coinbase Inc, Valhil Capital, I-Remit, Spend The Bits, Tapjets, Rangkaian Penasihat Pilihan Pelabur (ICAN), Veri DAO, dan John Deaton bagi pihak lebih daripada 75,000 pelabur XRP.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat