SEC-Ripple: William Hinman Dalam Rakaman 2018 Dianggap Individu Misteri

474

Securities and Exchange Commission (SEC) Amerika Syarikat (AS) gagal mengesahkan identiti Bill Hinman di dalam sebuah video ialah William Hinman.

“Setelah penelitian dekat, data yang tersedia buat masa ini masih belum mencukupi untuk agensi mengiyakan atau menolak permohonan ini.”

Video tersebut jelas terpapar dan kedengaran suara Hinman menjawab soalan dari pihak penganjur 2018 Fintech Week Conference.

Tetapi SEC enggan mengesahkan video tersebut sama ada tulen atau kenyataan daripada Hinman sememangnya daripada figura itu sendiri.

Walhal video itu dimuatnaik oleh seorang berpangkat profesional; profesor undang-undang Georgetown, Chris Bummer. Namun lelaki yang menyerupai Hinman didakwa SEC seorang individu misteri.

Untuk pengetahuan, Hinman merupakan bekas pengarah SEC Bahagian Kewangan Perbadanan yang telah menjadi tumpuan hangat susulan daripada kenyataannya berkaitan Bitcoin (BTC) dan Ethereum (ETH) dalam program tersebut.

Pada ketika itu Hinman masih lagi berkhidmat dengan SEC dan mendakwa Ethereum bukan aset sekuriti sebagaimana didakwa SEC terhadap XRP.

Bagaimanapun pada pertengahan April, SEC menyangkal kenyataan Hinman mewakili seluruh agensi.

Tetapi apabila pihak mahkamah menolak pertimbangan penyerahan dokuman dan bukti komunikasi berkaitan Hinman, SEC tiba-tiba mengaku kenyataan bekas pengarah itu mewakili seluruh agensi.

Ketika penulisan, XRP didagangkan pada $0.4 seunit, meningkat lebih 1% dalam 24 jam dan 0.06% sejak minggu lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat