Sedia Nak Trade Pada Sesi NY? Lihat Dulu Apa Terjadi Dalam Pasaran

657

Pasaran bergerak tenang memasuki sesi Eropah dengan matawang utama kembali mencatatkan kenaikan sederhana berbanding dolar greenback selepas sesi menyuramkan sebelum ini.

US dolar gagal mempertahankan kenaikan yang dicatatkan sebelum ini, dengan indeks dolar susut semula ke sekitar harga 91.97, tidak jauh dari paras terendah satu bulan yang dicapainya pada minggu lepas.

Tumpuan pasaran seterusnya disasarkan kepada penerbitan data PMI pembuatan AS tinjauan ISM pada malam ini, yang dijangka akan mencatat pertumbuhan sederhana pada bulan Julai.

Pound sterling kembali positif, mencari sokongan kuat untuk meningkat lebih tinggi pada sesi Eropah, di tengah optimisme pasaran terhadap kemajuan vaksinasi dan kes coronavirus di UK yang semakin menurun.

Kebimbangan terhadap isu Brexit yang mereda juga membantu pound, dengan tumpuan pasaran kini beralih kepada mesyuarat polisi Bank Pusat England (BOE) pada hari Khamis minggu ini.

Sementara dolar Aussie pula kembali didagangkan stabil setelah bacaan data pembuatan Caixin China yang mengecewakan memberi kesan sementara kepada matawang sensitif risiko itu.

Mesyuarat polisi Reserve Bank of Australia (RBA) pada hari esok akan menjadi tumpuan utama pasaran, yang mana ia dijangka akan menarik semula keputusan sebelumnya untuk mengurangkan rangsangan berikutan perlaksanaan sekatan Covid-19 yang berlarutan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat