Sedia! Polkadot ‘On-The Way’ Untuk Catat Harga Tinggi Sebab 3 Faktor Ini

677

Polkadot (DOT) bangkit dengan pemulihan sebanyak 256% sejak lebih sebulan yang lalu walaupun mencatatkan nilai semasa penulisan, $36.70, masih rendah daripada rekod tertinggi sepanjang masa (ATH), $49.80 pada 15 Mei.

DOT juga menyaksikan nilai pasaran bernilai $39 bilion dan telah mengatasi prestasi Ethereum (ETH) sebanyak 66% sejak sebulan yang lalu.

Sebagai rekod, rangkaian canary Polkadot, Kusama merupakan satu-satunya rangkaian yang sedang menjalankan lelongan slotnya. Aktiviti ini secara tidak langsung telah menyumbang sebahagian peningkatan harga DOT sejak kebelakangan ini.

Manakala Polkadot dijangka akan melakukan proses yang sama dalam beberapa bulan lagi.

Prestasi Polkadot dijangka tidak akan terhenti sampai di sini kerana tiga faktor utama ini akan mendorong bullish DOT:

  1. Peningkatan aktiviti integrasi Polkadot bersama DeFi
  • 8 September – pengagregat data desentralisasi, SubQuery berjaya mengumpul $9 juta untuk membangunkan lapisan pengagregatan data pertama Polkadot.
  • 9 September – Parachain Moonbeam telah menjalinkan kerjasama dengan protokol derivatif staking desentralisasi, Lido yang buat masa sekarang ditempatkan di Ethereum dan Terra.
  • Bursa kripto desentralisasi (DEX), dTrade berjaya mengumpul dana sebanyak $22.8 juta untuk menyediakan “deep liquidity” dengan sokongan beberapa pembuat pasaran kripto yang berpotensi.
  1. Derivatif tampilkan potensi ATH terbaru
  • Jumlah minat niaga hadapan terbuka DOT menyaksikan pertumbuhan daripada $360 juta kepada $685 juta dalam 30 hari.
  • Fenomena ini membuktikan pelabur selesa dengan pelaburan jangka panjang walaupun berlaku lonjakan harga.
  1. Perkembangan protokol yang berpanjangan
  • Dalam minggu pertama September, perpetual futures menunjukkan pergerakan positif sehingga 0.10%, menyamai 2.1% setiap minggu.
  • Keadaan berubah selepas harga DOT susut 35% pada 7 September.
  • Keyakinan pelabur terhadap aset ini bergantung kepada projek Polkadot yang berpanjangan terutama dalam lelongan parachains.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat