Sejauh Mana Pengukuhan Dolar AS Di Sebalik Ketakutan Gelombang Kedua Covid-19

385

Dolar AS mencecah paras tertinggi untuk minggu ketiga dan matawang komoditi dibuka rendah pada pagi Isnin, kerana kebimbangan baru mengenai gelombang kedua jangkitan coronavirus menghantar pelabur ke aset yang lebih selamat. Walau bagaimanapun dolar AS melemah dan matawang komoditi sedikit mengukuh menjelang tengahari pada sesi Asia.

Pergerakan bercampur baur kerana hanya sedikit yang menjangkakan angka kes akan mendorong ‘lockdown’ semula pada tahap ketika ini.

Tetapi dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan peningkatan rekod dalam kes global pada hari Ahad, terutama di Amerika, dan tindakan Apple Inc (AAPL.O) menutup 11 premis di A.S. minggu lalu, menunjukkan keadaan masih berisiko dan tidak ada sebab segera untuk terlalu optimis.

Jika dilihat perbandingan antara matawang utama lain terhadap USD, dolar AS semakin mengukuh pada minggu lalu dan harga indeks dolar AS telah bergerak lebih tinggi ke 97.744, sebelum kembali stabil.

Namun Greenback sedikit lebih rendah berbanding dolar Australia, dolar New Zealand, euro dan pound Britain dan stabil pada yuan menjelang tengahari Isnin.

Yen JPY mengukuh pada 106.92 per dolar A.S., tidak jauh dari paras tertinggi satu bulan iaitu pada tahap 106.58 pada awal bulan ini.

“Kami menjangkakan pasaran Forex akan terus terperangkap antara petunjuk ekonomi yang semakin pulih dan kebimbangan mengenai gelombang kedua jangkitan COVID-19 pada minggu yang akan datang,” kata penganalisis di Barclays dalam satu nota.

Barclays menjangkakan tekanan akan berterusan terhadap kiwi, tetapi mengatakan kekuatan terhadap euro mungkin terjadi jika data Indeks Pengurus Pembelian (PMI) yang dijadualkan pada hari Selasa melebihi jangkaan dan mengesyorkan ‘long’ pada EUR/USD, dengan sasaran kembali ke harga $1.1400.

Mata wang EUR sedikit mengukuh pada waktu ini dengan diniagakan sekitar $1.1200 selepas mencecah ke paras terendah dalam tiga minggu pada $1.1168 pada awal dagangan Isnin – reaksi kepada pertemuan pemimpin Kesatuan Eropah yang kekal berteka-teki mengenai bagaimana struktur dana pemulihan COVID-19 dirancang. Struktur itu hanya akan diputuskan semula pada pertengahan Julai, menurut jurucakap EU.

Bagi pound GBP pula, matawang ini dibebani oleh kebimbangan Brexit walaupun ada sedikit kemajuan dalam perbincangan perdagangan dengan Eropah, dimana telah menyusut mencecah paras terendah tiga minggu pada $1.2335 sebelum mengukuh sedikit pada tengahari ke $1.2400.

 

KEBIMBANGAN ‘LOCKDOWN’

Jumlah kes coronavirus global kini melebihi 9 juta dan tumpuan telah diberi sama ada keadaan ini boleh menyebabkan ‘lockdown’ semula.

Walaupun hal itu dianggap tidak mungkin, sekatan dalaman telah dilakukan kembali di Beijing untuk mengelak penularan semula wabak di sana dan negeri Victoria di Australia juga telah mengenakan kembali kawalan pergerakan untuk mengawal lonjakan kes.

Dolar Australia, AUD merosot berbanding dolar A.S. dan yen dalam perdagangan awal pagi, sebelum membuat sedikit pengukuhan pada tengahari sesi Asia berbanding kedua-duanya. Harga mencecah $0.6807 dan 72.68 yen sebelum sedikit mengukuh ke $0.6875 dan 73.50 yen.

Dolar New Zealand, NZD juga membuat corak yang sama, jatuh ke $0.6380 sebelum sedikit menaik ke paras $ 0.6436, dan kedua-dua mata wang AUD & NZD ini kelihatan telah kehilangan momentum penguatan pada awal bulan Jun.

Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) bakal mengumumkan penetapan kadar faedah penanda aras terbarunya pada hari Rabu. Penganalisis mengjangkakan kadar akan dikekalkan pada 0.25%, tetapi pasaran akan memberi perhatian kepada ucapan susulan jika ada sebarang kemungkinan mengenai kadar faedah diturunkan ke negatif di masa depan.

Selain data PMI pada Selasa dan tinjauan sentimen Jerman (juga dijadualkan pada hari Selasa), para pelabur juga akan melihat angka sentimen pengguna A.S. untuk mengukur sama ada tanda-tanda pemulihan yang berlaku pada bulan Mei dapat dikekalkan.

Penguatan semula dolar AS pada minggu lalu memberi petunjuk kebimbangan pasaran terhadap gelombang kedua Covid-19 dengan pelabur lebih terarah ke aset ‘safe haven‘ seperti dolar AS, yen, swiss franc dan komoditi emas.

Namun minggu ini menjadi tumpuan menarik, samada sentimen kebimbangan ini akan terus kekal atau pasaran akan mula optimis terhadap perkembangan pengawalan semula ancaman wabak Covid-19 dengan salah satu langkah proaktif India yang baru meluluskan pengeluaran ubat antiviral Covid-19 semalam.

Kawal trading anda dengan berhemah dan bijak.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat