Sekali Arab Saudi Sembur, Terus Mencanak Harga Minyak!

1,795

Harga minyak mentah kembali menguat setelah Arab Saudi meningkatkan tekanan ke atas anggota OPEC+ untuk mematuhi kuota pengeluaran mereka.

Pada sesi pasaran Asia, niaga hadapan minyak mentah Brent didagangkan meningkat pada $43.50 setong, manakala WTI Amerika Syarikat diniagakan mengukuh pada $41.16 setong.

Ketika mesyuarat jawatankuasa pemantauan menteri bersama (JMMC) OPEC+ berlangsung pada Khamis, Menteri Tenaga Arab Saudi, Putera Abdulaziz bin Salman telah memberi amaran kepada negara-negara anggota yang menipu kuota pengeluaran mereka.

Beliau telah disokong oleh Menteri Tenaga Rusia, Alexander Novak yang mengatakan bahawa kumpulan itu harus terus berusaha untuk patuh dengan perjanjian.

Iraq, Nigeria dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) antara negara-negara yang perlu mengurangkan pengeluaran sebagai menebus semula kegagalan mereka mematuhi kuota pengeluaran yang ditetapkan OPEC+ pada bulan Mei hingga Julai lalu.

OPEC+ juga turut mengumumkan untuk melanjutkan tempoh bagi  mereka menebus semula kesalahan pematuhan dari September sehingga akhir Disember.

Selain itu, Putera Abdulaziz juga memberi amaran kepada ‘short sellers’ supaya tidak mencabar usaha kerajaan untuk menyokong pasaran minyak. Kenyataan beliau secara tidak langsung telah menambah momentum kenaikan harga minyak.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat