Sekali Harung, Ukraine & AS Hapuskan 9 Bursa Kripto Ini!

1,384

“Tu la siapa suruh buat hal kan operasi dah kena tutup.”

Selain penglibatan daripada Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS), pegawai dari unit polis Siber Ukraine dan Jabatan Siasatan Utama turut bekerjasama dengan Pejabat Pendakwa Negara untuk menutup operasi sembilan bursa mata wang kripto.

Hal ini kerana platform web tersebut telah menawarkan kripto tanpa nama sebagai sebahagian daripada rancangannya untuk memudahkan pengesahan dana haram.

Melalui bursa itu juga, seseorang penjenayah yang menipu dalam talian dengan mengiklankan perkhidmatannya di forum penggodam dapat menyalurkan aset digital diperoleh mereka melalui platform kripto tersebut.

Susulan infrastruktur rangkaian yang terletak di server AS, beberapa negara Eropah dan Ukraine semuanya telah disekat, penyiasat kini sedaya upaya mengenal pasti setiap individu terlibat dalam kegiatan jenayah itu.

Individu yang masuk ke platform web 24xbtc.com, 100btc.pro, pridechange.com, 101crypta.com, uxbtc.com, trust-exchange.org, bitcoin24.exchange, paybtc.pro dan owl.gold akan dapat mesej menyatakan domain telah disita oleh penguatkuasa undang-undang.

Sudah sedia maklum agensi kerajaan Ukraine berusaha meningkatkan kepakarannya dalam kripto, di mana pekerja Cyberpolice, Agensi Pemulihan dan Pengurusan Aset serta Perkhidmatan Keselamatan Ukraine (SBU) telah menghadiri kelas latihan dianjurkan oleh Binance pada Mac 2023.

Terdahulu pada November 2022, unit memerangi jenayah siber membongkar skim penipuan kripto yang menghasilkan lebih $200 juta setahun dengan memikat pelabur melalui rangkaian pejabat perwakilan dan pusat panggilan di seluruh Eropah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat