Pergerakan harga bergelombang pada carta pasangan mata wang EUR/JPY minggu ini dengan berlegar di paras tertinggi harga sejak tahun 2008.
Jika corak kenaikan telah dipaparkan pada awal minggu, harga menunjukkan penurunan semula pada dagangan Selasa semalam.
Mata wang Euro bergerak tidak menentu mengikuti jejak US dolar ketika pasaran berwaspada menantikan persidangan tahunan Simposium Jackson Hole pada penghujung minggu ini.
Sementara Yen pula dilihat punyai kelebihan dalam sentimen pasaran yang berisiko, namun pelabur berhati-hati dengan ketidaktentuan dasar monetari bank pusat di Jepun selain bersedia dengan risiko campur tangan bank pusat bila-bila masa sahaja dalam pasaran.
Di sesi Asia semalam, harga pada carta EUR/JPY bergerak mendatar sambil mencatatkan paras tertinggi sejak 2008, mencapai paras 150.00 yang mengatasi ketinggian minggu lalu.
Kemudiannya, harga menjunam semula sehingga ke paras 158.100 di sesi New York dan melewati paras Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut memberi petanda bagi pergerakan bearish.
Sekiranya penurunan harga diteruskan lagi, paras yang dicecah pada penghujung minggu lalu sekitar 157.700 akan diuji dan cuba untuk ditembusi.
Meneruskan penurunan lebih rendah melepasi zon tersebut akan menjangkakan harga menuju paras tumpuan seterusnya pada 157.00.
Sebaliknya, jika harga berpatah arah membuat kenaikan semula, zon tertinggi 150.00 bakal diuji sekali lagi yang kini menjadi rintangan buat harga.
Melepasi halangan MA50 turut akan memberi isyarat perubahan trend dan harga berpotensi untuk terus memburu rekod tertinggi terbaru lagi selepas itu.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG