Sekali Lagi Zon Rintangan $1.3900 Patahkan Aksi Lonjakan GBP/USD!

355

Laporan data pekerjaan UK yang diterbitkan pada awal sesi Eropah semalam dilihat menyokong peningkatan Pound mendorong kenaikan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD.

Selain itu juga, turut menyumbang kenaikan harga adalah pergerakan US dolar yang lemah sehingga data inflasi Amerika Syarikat (AS) diterbitkan pada awal sesi New York.

Namun menuju dagangan sehingga ke penghujung sesi New York, US dolar dilihat kembali mencatatkan peningkatan nilainya dan kembali menekan harga pada carta GBP/USD untuk susut jauh lebih rendah berbanding kenaikan pada sesi sebelumnya.

Pelabur juga berkemungkinan berwaspada terhadap pergerakan Pound berikutan ketidaktentuan Brexit yang kembali berlegar dalam pasaran dengan kebuntuan mencapai persetujuan antara EU dan UK berhubung isu Ireland Utara.

Dapat diperhatikan harga telah meningkat menguji zon rintangan 1.39000 pada dagangan semalam, namun masih gagal untuk menembusinya menjadikan minggu ketiga berturut-turut zon tersebut berjaya menghalang kenaikan harga.

Penurunan harga lebih ketara dilihat pada sesi New York sekitar 100 pips untuk kembali semula ke zon support 1.38000 yang telah dicecah harga pada awal minggu.

Isyarat bearish harga lebih jelas sekiranya harga jatuh di bawah zon support 1.38000 pada dagangan hari ini selepas harga bergerak semula di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga di carta GBP/USD.

Penurunan yang mungkin diteruskan dilihat akan menuju ke paras 1.37000 untuk menguji zon support tersebut.

Namun jika harga berjaya melonjak semula dari zon support 1.38000, zon rintangan pada 1.39000 masih lagi menjadi zon tumpuan untuk diuji harga.

Melepasi zon rintangan tersebut akan mendorong kenaikan lebih tinggi harga untuk mencatatkan paras tertinggi terbaru 6 minggu.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat