Sekat Undian Bersurat, Pentadbiran Trump Disaman

227

Beberapa buah daerah Amerika Syarikat (AS) dilaporkan dalam pertimbangan untuk menyaman pentadbiran Donald Trump susulan daripada perubahan operasi penggunaan servis United States Postal Services.

Dikatakan perubahan tersebut akan memperlahankan keputusan undian bersurat ketika pilihan raya pada November ini. Untuk pengetahuan, majoriti penduduk AS bergantung kepada servis tersebut untuk cabut undi ketika pilihan raya.

Sekurang-kurangnya 15 hingga 20 peguam Demokratik akan menyemak semula undang-undang dan dijangka daerah yang terlibat mengemukakan saman itu akan disatukan dalam satu atau beberapa dakwaan.

Trump dari Parti Republik mengakui beliau menolak usaha Demokratik memasukkan dana bagi Postal Service bersama infrastruktur pilihan raya dalam peruntukan koronavirus kerana beliau mahu menghadkan undian bersurat ketika pandemik.

Walau bagaimanapun, majoriti rakyat AS memilih untuk mengundi melalui surat ketika pandemik, sama ketika pilihan raya pada 2016.

Sebelum ini pihak Demokrat pernah menyatakan bahawa pengurangan kerja lebih masa dan polisi penghantaran terbaru akan melambatkan proses pengiriman undian bersurat, termasuk penghantaran kritikal seperti ubat-ubatan.

Pemerintah itu menyangkal dakwaan bahawa beliau cuba untuk memperlekehkan kebolehan Postal Service menguruskan undian bersurat dengan menyatakan tindakannya adalah berdasarkan faktor penjimatan dan kebajikan petugas pos.

Menurut sumber, beberapa peguam dari daerah Virginia, Pennsylvania, Minnesota, Massachusetts, Washington dan North Carolina juga akan menyertai gerakan menentang tindakan Trump.

Terkini dilaporkan peguam daerah Massachusetts, Maura Healey sedang dalam perbincangan bersama peguam daerah lain untuk mencari penyelesaian kepada isu ini termasuk tindakan undang-undang yang bersesuaian.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat