Sekatan Gas Rusia Akan Bawa Malapetaka Besar Pada Jerman

1,928

Jerman akan jatuh ke dalam kemelesetan yang mendalam sekiranya bekalan gas asli Rusia tiba-tiba ditutup.

Menurut laporan oleh lima institut ekonomi Jerman, negara itu akan kehilangan €220 bilion euro ($238 bilion) dalam pengeluaran ekonomi dalam tempoh dua tahun akan datang sekiranya kejutan seperti itu berlaku.

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Jerman diunjurkan meningkat hanya 1.9% pada 2022 dan menguncup sebanyak 2.2% pada 2023. Namun, sekiranya bekalan gas dari Rusia terus mengalir, pertumbuhan dijangka meningkat 2.7% pada tahun ini.

Stefan Kooths, pengarah penyelidikan di Institut Kiel untuk Ekonomi Dunia dan salah seorang pengarang laporan itu mengatakan. pemotongan gas dari Rusia akan mendorong ekonomi terbesar di Eropah itu ke dalam kemelesetan yang teruk.

Pendedahan mengenai kekejaman yang dilakukan di Bucha, telah mendorong Kesatuan Eropah (EU) untuk meningkatkan sekatan ekonomi terhadap Moscow yang mensasarkan eksport tenaga buat kali pertama sejak konflik bermula.

Sebagai langkah awal, pemimpin EU bersetuju untuk menyekat import arang batu Rusia secara berperingkat. Beberapa pegawai blok itu juga menggesa sekatan ke atas eksport minyak dan gas Rusia.

Namun, sekatan dalam masa terdekat akan mendatangkan bencana ke atas Jerman yang sangat bergantung kepada gas Rusia. Menurut Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) negara itu telah mengimport kira-kira 46% daripada Moscow pada 2020.

Selain itu, ia juga berpotensi untuk memburukkan lagi inflasi di Jerman yang mencecah paras tertinggi 40 tahun pada bulan lepas dengan catatan 7.3%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat