Sekejap Naik Sekejap Turun, USD Nak Ke Mana?

549

US dolar memaparkan pergerakan tidak menentu di tengah-tengah jangkaan yang meningkat bahawa inflasi Amerika Syarikat telah mencapai kemuncak, menyebabkan raja mata wang itu sedikit menyusut dari keuntungan yang diraih sebelum ini.

Hasil perbendaharaan AS 10 tahun yang telah mencecah paras ketinggian lebih 3 tahun pada Selasa turut merosot kerana jangkaan penurunan inflasi boleh memperlahankan rancangan bank pusat untuk mengetatkan dasar.

Walaupun begitu, pada masa yang sama kebimbangan terhadap pertumbuhan global yang menyuramkan pula memberi sokongan buat US dolar kekal bertahan di sekitar paras tertinggi.

Bank Dunia mengurangkan unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) global tahun ini kepada 2.9% daripada 4.1%.

Presiden Bank Dunia, David Malpass memberi amaran bahawa pengetatan yang lebih cepat daripada jangkaan boleh mendorong beberapa negara ke dalam krisis hutang seperti yang dilihat pada tahun 1980-an.

Pergerakan euro tidak banyak berubah memandangkan pelabur menantikan mesyuarat polisi Bank Pusat Eropah (ECB) pada Khamis untuk mendapatkan petunjuk mengenai pengetatan dasar.

Sementara itu, mata wang pound kembali pulih selepas menjunam ketara pada awal sesi Eropah susulan undi percaya yang dilakukan ke atas Perdana Menteri UK Boris Johnson menyebabkan pelabur meragui keadaan politik di negara itu.

Mata wang yen pula terus melemah di paras terendah terbaharu 20 tahun berbanding USD, selepas Bank Pusat Jepun (BOJ) terus mengatakan pendirian untuk kekal dovish.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat