Sektor Pembuatan AS Kembali Pulih – Ini Kesan Kepada Matawang USD!

344

Dolar USD didagangkan meningkat berbanding safe-haven yen setelah disokong oleh bacaan PMI Pembuatan ISM Amerika Syarikat yang tanpa dijangka memperlihatkan pemulihan dalam sektor perindustrian.

Data PMI Pembuatan hasil tinjauan ISM A.S melebihi jangkaan pasaran dengan bacaan 50.9 bagi bulan Januari daripada catatan pada Disember iaitu 47.8 dan berbanding unjuran sebanyak 48.5.

Bacaan ini menandakan pengembangan pertama dalam aktiviti perkilangan A.S dalam tempoh 6 bulan yang disokong oleh peningkatan dalam pesanan baru, pengeluaran dan pesanan eksport baru manakala pekerjaan pula menurun pada kadar lebih perlahan.

Indeks dolar didagangkan stabil berbanding enam matawang utama selepas meningkat 0.44% pada Isnin, iaitu peningkatan terbesar setakat tahun ini.

Bagi matawang Asia, dolar Aussie kembali meningkat berbanding US dolar setelah jatuh menghampiri paras terendah 10 1/2 tahun yang pernah dicapai pada Oktober lalu menjelang keputusan mesyuarat penetapan dasar oleh Reserve Bank of Australia (RBA) pada jam 11.30 pagi ini.

Walaupun kebanyakan pelabur menjangkakan RBA akan mengekalkan kadar pada mesyuarat pertama tahun ini, bagaimanapun kemungkinan mengenai pemotongan tetap ada. Pasaran juga menjangkakan terdapat 100% peluang terhadap perubahan dasar pada bulan Mei.

Mengikuti perkembangan di Eropah, kebimbangan terhadap hubungan UK dan Kesatuan Eropah (EU) kembali tercetus selepas Perdana Menteri Boris Johnson menetapkan terma perjanjian yang sukar untuk rundingan bersama Brussels.

Kebimbangan ini terus memberi tekanan buat dagangan pound pada sesi Asia, dengan diniagakan mendatar berbanding USD setelah jatuh sehingga mencecah paras di bawah 1.2990.

Selain itu, pengukuhan US dolar menyebabkan dolar euro juga didagangkan mendatar setelah mencatat kejatuhan sebanyak 0.3% pada Isnin.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat