Sektor Pembuatan UK Perlahan Pada Awal 2018, Tuntutan Pengangguran AS Berkurangan

316

Aktiviti sektor pembuatan UK perlahan pada awal 2018 yang memburukkan sedikit keyakinan terhadap ekonomi Britain.

Dalam laporan yang dikeluarkan oleh IHS Markit, bacaan PMI indeks pembuatan UK itu hanya merekod bacaan 55.3 berbanding jangkaan 56.5 dan kurang daripada bacaan sebelum ini 56.2.

Bacaan melebihi angka 50 menunjukkan aktiviti yang terus berkembang, manakala sebaliknya kurang daripada itu menunjukkan kemerosotan dalam sektor tersebut.

Komponen indeks menunjukkan pertumbuhan pengeluaran dan tempahan baru semakin perlahan dengan kos input dan harga pula meningkat.

Tuntutan Pengangguran AS Berkurangan

Jumlah tuntutan pengangguran di Amerika Syarikat berkurangan pada minggu lalu sekaligus menunjukkan pasaran pekerjaan yang semakin baik.

Hanya 230,000 tuntutan pengangguran direkodkan pada minggu berakhir 27 Januari berbanding jangkaan 238,000.

Minggu lalu juga adalah minggu ke-152 berturut-turut tuntutan pengangguran berada di bawah 300,000 yang menunjukkan pasaran pekerjaan begitu kukuh di Amerika.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat