Sektor Perkilangan Zon-Eropah Capai Paras Tertinggi Sejak 2011

87

Industri-industri dalam rantau zon eropah mengalami tingkat produktiviti tertinggi pada bulan September sejak 2011, dan dijangka prestasi positif akan terus berlanjutan sehingga bulan Oktober dengan pertumbuhan tempahan baru di dalam industri perkilangan.

Permintaan dan aktiviti firma menujukkan peningkatan walaupun firma-firma meningkatkan harga mereka pada kadar terpantas dalam tempoh 5 bulan berikutan dasar polisi oleh bank pusat Eropah yang dijangka akan mengurangkan pembelian aset.

Indeks sektor pembuatan (Manufacturing Purchasing Managers’ Index, PMI) menunjukkan perningkatan kepada 58.1 pada bulan 9 berbanding bulan ogos pada 57.4, walaupun tersasar sedikit daripada bacaan jangkaan 58.2 tetapi bacaan bulan 9 merupakan bacaan tertinggi sejak Februari 2011.

Indeks output (pengeluaran) meningkat kepada 59.2 dari 58.3, menujukkan bacaan tertinggi sejak April 2011. ” Lonjakan sektor pembuatan zon-eropah semakin meningkat pada bulan September. Tambahan pula, pemulihan ekonomi yang semakin positif berikutan peningkatan permintaan dalam zon eropah. Secara tidak langsung telah meningkatkan pertumbuhan ekonomi secara menyeluruh.” kata Chris Williamson, penganalisis ekonomi IHS Markit.

Lonjakan dalam komponen tempahan telah mendorong industri pembuatan untuk mengambil lebih banyak staf pada kadar yang lebih tinggi sejak 20 tahun lalu.

Bulan Oktober dijangka merupakan bulan yang sibuk buat kilang-kilang kerana Sub-Indeks mengukur tempahan baru meningkat kepada 58.5 dari 58.3.

Inflasi zon eropah jatuh sedikit daripada jangkaan pada bulan September. Berdasarkan data rasmi yang dikeluarkan Eurostat pada hari Khamis. menyatakan pertumbuhan harga kekal lemah dan menyokong tindakan ECB untuk mengurangkan pembelian aset.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat