Sektor Saham Mana Patut Diberi Perhatian Hari Ini?

283

Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini, dirangsang oleh sokongan belian membabitkan terutamanya kaunter berkaitan pengguna, perindustrian dan hartanah.

Pada pukul 9.15 pagi, indeks petunjuk utama pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengukuh 6.05 mata kepada 1,531.26 daripada 1,525.21 ketika ditutup Jumaat lalu.

Menurut laporan Bernama, indeks utama dibuka 16.34 mata lebih tinggi pada 1,541.55.

Pergerakan harga keseluruhan pasaran positif dengan saham untung mengatasi rugi 381 berbalas 298 manakala 341 kaunter tidak berubah, 986 tidak diniagakan dan 23 lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 1.36 bilion saham bernilai RM674.27 juta.

Pasaran ditutup pada hari Isnin sempena sambutan Hari Kemerdekaan.

Untuk fokus sektor pula, pembinaan terus menyaksikan peningkatan dengan pemulihan di pasaran lebih meluas seiring dengan kemajuan yang ditunjukkan oleh KL-SG HSR.

Pada masa sama, sektor teknologi dijangka meningkat tinggi berikutan permintaan yang kukuh pada masa ini, disokong oleh trend 5G dan usaha kerajaan Malaysia menggalakkan penggunaan ke arah pendigitalan.

Dalam kalangan kaunter berwajaran tinggi, Maybank meningkat satu sen kepada RM7.34, Top Glove menambah 22 sen kepada RM26.50, Public Bank menokok enam sen kepada RM16.48 dan Tenaga lebih tinggi 12 sen kepada RM10.98.

Saham-saham paling cergas, Pegasus naik setengah sen kepada empat sen, Fintec lebih tinggi 1.5 sen kepada 17.5 sen manakala XOX jatuh 1.5 sen kepada 24.5 sen dan Bumi Armada kekal pada 27 sen.

Saham paling untung pula, Malaysian Pacific Industries melonjak 66 sen kepada RM16.36, Hong Leong Financial menokok 36 sen kepada RM12.70, PPB mengukuh 32 sen kepada RM18.32 dan F&N menambah 28 sen kepada RM30.90.

Kaunter paling rugi, KLK susut 52 sen kepada RM22.14, KESM jatuh 35 sen kepada RM8.28, BIMB turun 18 sen kepada RM3.52 sementara HLT Global lemah 10 sen kepada RM1.61.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menambah 37.05 mata kepada 11,122.63, Indeks FBMT 100 melonjak 39.46 mata kepada 10,926.21 dan FBM 70 naik 38.94 mata kepada 14,786.33.

Indeks FBM Emas Shariah melambung 38.47 mata kepada 13,205.13 sementara FBM ACE untung 41.53 mata kepada 11,020.80.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan mengukuh 54.99 mata kepada 12,697.76, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.43 mata kepada 136.07 dan Indeks Perladangan merosot 26.31 mata kepada 7,030.97.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat