Selain Krisis Perang, Laporan NFP AS Jadi Punca EUR/USD Menjunam

350

US dolar dijangka akan terus mengekalkan prestasi cemerlang pada minggu ini selepas laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan pada Jumaat lalu mencatatkan angka bacaan yang memberangsangkan.

Pertambahan pekerjaan di AS pada bulan Februari meningkat kepada 678,000 mengatasi ramalan sekitar 400,000 sementara kadar pengangguran pula mencatatkan penurunan ke paras 3.8% daripada 4.0% sebelumnya.

Dengan jangkaan untuk meneruskan pengukuhan pada minggu ini, US dolar turut disokong oleh sentimen pasaran yang masih berisiko dengan krisis perang antara Rusia dan Ukraine kekal berlarutan.

Meneliti carta harga pada pasangan mata wang EUR/USD, harga ketara menjunam pada Jumaat lalu susulan reaksi pasaran terhadap terbitan laporan NFP dengan pengukuhan US dolar menekan harga ke para terendah terbaru sejak Mei 2020.

Penurunan harga yang melepasi paras 1.1000 telah mencecah sehingga ke paras sekitar 1.08870 pada sesi New York Jumaat lalu.

Harga yang kekal bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam sepanjang minggu lalu kekal memberikan isyarat pergerakan trend bearish bersambung ke minggu ini.

Menyambung dagangan pada pembukaan sesi Asia pagi Isnin ini, harga meneruskan lagi penurunan lebih rendah hampir menyentuh paras sokongan terbaru pada 1.0800.

Penurunan lebih rendah akan dijangkakan untuk mencecah ke paras 1.0700 jika US dolar mengekalkan rentak pengukuhan.

Sementara untuk jangkaan kenaikan harga yang boleh berlaku pula, paras 1.1000 bakal menjadi rintangan buat harga sebelum memberi isyarat perubahan trend bullish.

Kenaikan lebih tinggi dilihat akan menguji paras-paras tumpuan sebelum ini seperti zon SBR (support become resistance) 1.11300 dan paras 1.12000.

Pelabur juga akan memberi tumpuan terhadap data inflasi AS dan mesyuarat bank pusat Eropah (ECB) pada minggu ini yang bakal pengaruhi pergerakan US dolar dan Euro minggu ini.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat