Selamat Jalan China! Binance Hentikan Perdagangan P2P Matawang Yuan!

2,236

Platform pertukaran kripto, Binance membuat keputusan mendadak dengan menghentikan perdagangan peer-to-peer (P2P) matawang yuan.

Jelas Binance, penamatan yuan di platformnya akan bermula 31 Disember.

Tidak cukup dengan itu, Binance turut akan menjalankan pemeriksaan dan mana-mana penggunanya di China akan dibenarkan untuk mengeluarkan aset daripada platform tersebut.

Keputusan yang diambil Binance menunjukkan platform ini benar-benar meninggalkan pasaran China susulan daripada sekatan terhadap perkhidmatan dan transaksi matawang kripto bermula September.

Selain Binance, Huobi juga ada mengumumkan sekatan terhadap pendaftaran baharu.

Sebagai rekod, Binance telah meninggalkan pasaran China pada 2017.

Namun, firma ini melancarkan platform P2P untuk membuka peluang kepada penggunanya berdagang Bitcoin (BTC), Ethereum (ETH), dan Tether (USDT) dengan sandaran kepada yuan.

Sekatan terbaru China telah runcingkan harapan untuk pertukaran dan mana-mana platform kripto bertahan di negara itu.

Terbaru, platform media sosial WeChat telah menyekat carian yang berkaitan dengan kripto, termasuk mana-mana pertukaran matawang kripto seperti Binance, Huobi, dan lain-lain.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat