Selamat Tinggal Covid! New Zealand Buka Semula Sempadan Negara

199

Selepas Australia, kini giliran New Zealand pula bersedia untuk membuka semula kawalan sempadannya kepada dunia pada bulan depan setelah lebih dua tahun ia ditutup disebabkan Covid-19.

Perdana Menteri Jacinda Ardern mengumumkan perkara tersebut pada hari Rabu, di mana beliau menyifatkan kemasukan pelancong akan meningkatkan ekonomi negara.

Pengumuman tersebut juga bermakna penamatan sekatan sempadan dilaksanakan beberapa bulan lebih awal daripada dijadualkan sebelumnya.

Langkah yang diambil New Zealand telah membantu mengekalkan jangkitan kematian kekal rendah berbanding negara lain. Namun, disebabkan varian Omicron yang lebih cepat merebak, menyebabkan negara itu terus menutup sempadannya dari negara luar.

PM Ardern turut memberitahu bahawa pelancong yang divaksin dari Australia dibenarkan masuk ke negara itu tanpa perlu dikuarantin mulai 12 April berbanding seperti dirancang sebelum ini.

Sementara pelancong dari negara pengecualian visa termasuk Amerika Syarikat, Britan dan Singapura pula dibolehkan masuk ke negara itu mulai 1 Mei.

Sebelum ini, sempadan itu dijadualkan untuk dibuka kepada warga Australia menjelang Julai dan kepada semua pelancong lain menjelang Oktober.

Penamatan sekatan di sempadan dijangka akan merangsang industri pelancongan lebih luas yang mana sebelum ini ia pernah menjadi penyumpang eksport terbesar negara.

Dolar New Zealand didagangkan meningkat susulan pengumuman ini, selain turut disokong oleh dagangan US dolar yang sedikit menyusut menjelang keputusan polisi FOMC.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat